Monday, February 28, 2011

Kaedah Perancang Keluarga

 My H.A.P.P.Y Family..
Kosentret besarkan 2 org anak ni dulu la daddy ek..
nnt anak ramai2,ade lak yg kurang perhatian or kasih sayang..;-p
sbb tu bz search info2 pasal cara perancang keluarga ni...
kena rancang!!;-)

Perancang keluarga adalah satu kaedah untuk mencegah kehamilan. Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Kerana jika tersilap memilih pil perancang yang sesuai akan menyebabkan susu semakin kurang dan kurang dan akhirnya terpaksa bagi anak dengan susu formula.



Perancang apa yang sesuai sebenarnya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak?
Pil perancang
Pil yang mempunyai hormon progestron seperti Noriday. Pil ni kene ambil setiap hari dan pada waktu yang sama. Pil ini tidak mengurangkan susu ibu. Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin didapati adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%.


Penggunaan pil perancang keluarga adalah satu kaedah yang biasa di negara ini. Pelbagai jenis ada dijual di farmasi - Mercilon, Marvelon, Postinor, Yasmin, Nordette, Noriday dan lain-lain. Kali ini kita khususkan kepada Pil Perancang Keluarga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagi golongan ini hanya pil perancang kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill atau Progestin Only Pill) iaitu Pil Perancang yang mengandungi 1 jenis hormon Progestogen sahaja.

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/ubat/noriday.jpg?t=1296623590

Mini Pill yang biasa digunakan ialah Noriday. Noriday mengandungi Norethisterone 350microgram bagi setiap biji. Norethisterone ialah Progestogen sintetik yang serupa dengan Progestogen yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan wanita.

Kenapa Noriday?
Noriday tidak mengurangkan/menjejaskan pengeluaran susu

Noriday (Norethisterone) menghalang kehamilan dengan 3 cara

1. Norethisterone meningkatkan ketebalan mucus (lendir) pada pangkal rahim yang boleh mencegah pergerakan sperma ke dalam rahim dan merendahkan kebarangkalian persenyawaan daripada berlaku

2. Norethisterone mengubah kualiti lapisan rahim (endometrium) dan mencegah telur yang berjaya disenyawakan daripada melekat pada dinding rahim

3. Norethisterone mencegah pembebasan telur dari ovari bagi sesetengah wanita yang menggunakan pil ini

Penggunaan Noriday (Norethisterone)
Noriday hendaklah diambil pada waktu yang sama setiap hari tanpa henti walaupun ketika kehadiran haid. Sekiranya terlupa, hendaklah diambil secepat mungkin dan pil seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti sediakala.

Noriday boleh mula diambil pada hari pertama kitaran haid ataupun selewat-lewatnya pada hari ke-5 kitaran haid anda. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju sekiranya Noriday diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Walaubagaimanapun kaedah mencegah kehamilan yang lain juga harus dipertimbangkan kerana organ perkumuhan seperti hati dan buah pinggang bayi anda masih belum matang lagi dalam tempoh tersebut.

Keberkesanan Noriday terjejas sekiranya
1. Noriday dimakan bersama ubat antiepileptic seperti phenytoin, phenobarbital, carbamazepine
2. Noriday diambil bersama antibiotik tertentu seperti rifampicin, rifabutin
3. Noriday diambil bersama antibakterial griseofulvin
4. Noriday diambil bersama herba St John's Wort
5. terlewat lebih 3 jam daripada waktu biasa diambil
6. anda mengalami cirit-birit dalam masa 2 jam selepas makan pil ini

Kaedah pencegah kehamilan lain haruslah dipertimbangkan sekiranya berlaku mana-mana situasi di atas.

Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan anda sebelum mula menggunakan Noriday.

Depo provera (suntikan depo)
Sejenis suntikan yang diambil setiap 12 minggu, suntikan ini juga tidak mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita. Peratus kejayaan adalah 99%.

Saya pernah ambil depo injection ni, dan period saya tidak teratur setiap 2 bulan sekali. Dan yang paling saya lemah sekali saya selalu sakit kepala dan badan penat je. Akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak teruskan. Memang perancang ni tidak mengganggu hasil susu saya. Doktor ada bagi tahu jika saya serasi dengan depo injection ni maknanya saya boleh ambil implan, tapi saya memang tidak serasi. Mungkin ada ibu-ibu yang serasi sebab bukan semua orang sama keserasiannya.

Implanon (implan)
Implan juga merupakan sejenis lagi perancang keluarga yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak kering jika ambil perancang ini. Impan mempunyai kandungan hormon progestron. Implan dimasukkan kedalam lengan dan ianya sebesar batang mancis. Tempoh masa implan di tanam dalam lengan kita maksimum 3tahun, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa juga jika tidak serasi. Peratus kejayaan adalah 99%.

Ketiga-tiga kaedah ini sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Pastikan anda mendapatkan nasihat Doktor dahulu sebelum mengambil apa-apa juga jenis perancang keluarga. Lagi bagus kalau anda dapatkan nasihat Doktor yang pro breasrfeeding. Ini terjadi kepada kawan saya sendiri yang salah mengambil pil perancang dan akhirnya susu makin kering dan kering. Masa tu makan ape juga milk booster pun dah tak de kesan lagi. ;)


sumber:
ibuhakimhaikal
prosperpharmacy

3 comments:

  1. Saya pun plan tuk ambil perancang keluarga. Bukan dgn niat nak tolak rezeki yg Allah beri. Tetapi dgn tujuan untuk pulihkan kesihatan badan dan menjaga kepentingan anak yg 2 org tu. Tggu diorg besar sikit, dah pandai urus diri sendiri serba sedikit, baru rasa lega. Now, perjlnan masih jauh, Anak sulung baru 1 thn 6 bln, yg kedua baru 2 bln lbh.

    ReplyDelete
  2. anak u kecik2 lg ek...mmg kena rancang la..;-) penat nak urus anak zaman skang..lg2 klu mamanyer berkejaya..kan..

    ReplyDelete
  3. stuju..mummypun ngah searching ttg pill2 nie semua..good info.tq

    ReplyDelete